1. Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G2 dan di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2022 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:-
Bil. |
Rujukan MDKP |
No. |
Projek |
Pengkhususan |
Tarikh Tutup |
Gred/ Kod bidang |
1. |
MDKP 193/10/2022 -20 |
S34/2022 |
Membina Baharu Sebuah Pentas Terbuka dan Lain-Lain Kemudahan Berkaitan di Dataran Kuala Pilah, MD Kuala Pilah |
B04 B15 CE21 |
13 Julai 2022 12.00 t/hari |
G2 |
2. |
MDKP 193/10/2022 -22 |
S35/2022 |
Membina dan Memasang Pencahayaan Lampu Limpah dan Lain-lain Kemudahan di Kawasan Perniagaan Taman Melang, MD Kuala Pilah |
E11 E17 |
G2 |
2. LAWATAN TAPAK :
Tarikh : 30 Jun 2022 (Khamis)
Pendaftaran : 9.00 Pagi - 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Bandaran MDKP
Taklimat : 9.00 Pagi
3. SYARAT :
3.1 Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai sebutharga. Semakan pendaftaran perlu dilaksanakan sebelum pembelian Borang Sebutharga.
3.2 Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/kontraktor yang hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan. HANYA PEMILIK SYARIKAT sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi pendaftaran tersebut dan wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN.
3.3 Hendaklah membawa sijil-sijil asal CIDB dan PKK dan dipamerkan ketika pembelian borang di kaunter Hasil MDKP.
3.4 Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.
3.5 Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak dibenarkan.
3.6 PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran dan Dokumen Berkaitan seperti SPKK (CIDB),STB (BPKU) dan lain-lain dokumen yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK/TERBATAL dan laporan kepada CIDB akan dibuat untuk tindakan undang-undang.
3.7 Dokumen sebut harga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Majlis Daerah Kuala Pilah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan MDKP tidak terikat menerima tawaran terendah tau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.
4. DOKUMEN SEBUT HARGA
4.1 Harga dokumen sebutharga bagi Gred G2 dijual dengan kadar: RM50.00 (Lima Puluh Sahaja).
4.2 Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 1hb Julai 2022 (Jumaat) sehingga 12hb Julai 2022 (Selasa) pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.
5. TARIKH TUTUP
13hb Julai 2022 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.