MENU

Permohonan  dipelawa kepada yang berminat menyewa dan menjalankan aktiviti perniagaan di gerai/pasar Majlis Daerah Kuala Pilah. Kekosongan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

BIL.

NO. GERAI

LOKASI

KADAR SEWA BULANAN (RM)

1.

5 dan 6

Blok B, Belango Waghih Melang

80.00

2.

11, 12, 13, 14, 17,

18, 19, dan 20

Blok A, Belango Waghih

Melang

250.00

3.

15 dan 16

Blok A, Belango Waghih Melang

80.00

4.

Tapak Sebelah Gerai MDKP No.11

Medan Selera Kuala Pilah

200.00

5.

15

Bazar Kuala Pilah

250.00

6.

4 dan 12

Pusat Penjaja Juasseh

50.00

SYARAT-SYARAT  PERMOHONAN  GERAI/PASAR MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

1.   Warganegara Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada permohonan yang menetap di Daerah Kuala Pilah.

2.   Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan betul. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.  Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pelesenan, MDKP secara percuma mulai 29 Ogos 2022.

3.  Borang  permohonan hendaklah diserahkan dengan melampirkan bersama dokumen seperti berikut:
     a)  1 salinan kad pengenalan.
     b)  3 keping gambar berukuran passport.
     c)  1 set salinan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat (jika ada).
     d)  1 salinan sijil kursus-kursus  berkaitan perniagaan (jika ada).
     e)  1 salinan penyata bank terkini (3 bulan terakhir).

4.    Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran proses permohonan sebanyak RM10.00 bagi satu permohonan.

5.   Borang permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 12 September 2022. Borang yang dihantar selepas tarikh tutup iklan tidak akan diterima.

6.   Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut sila hubungi: No. tel: 06-4841280 (Bahagian Pelesenan)