MENU

Kempen Pembayaran Atas Talian Nasional anjuran Payments Network Malaysia Sdn Bhd Paynet kembali lagi.   Kali ini dengan peluang berganda-ganda bagi transaksi pembayaran yang dilakukan dengan FPX, JOMPAY ataupun DuitNow.

Hadiah kereta Proton X70 kembali untuk dimenangi bagi pemenang bertuah. Selain itu, terdapat pelbagai hadiah menarik yang lain untuk dimenangi seperti Myvi 1.3, Yamaha Y15ZR dan telefon pintar

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merupakan antara agensi yang terlibat dalam kempen ini melalui Portal PBTPay. Jadi apa tunggu lagi? Lakukan transaksi tanpa tunai bagi PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN di bawah penguatkuasaan Majlis Daerah Kuala Pilah menggunakan FPX di Portal PBTPay. Gandakan usaha anda untuk menang dan marilah kita bersama-sama dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 dengan membuat transaksi atas talian.