Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan Gred G1 di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah yang masih sah bagi menyertai sebutharga kerja-kerja di bawah :
Bil. |
Rujukan MDKP |
No. Sebutharga |
Projek |
Pengkhususan |
Tarikh Tutup/ Jam |
Gred/Kod Bidang |
1. |
MDKP 647/09/00/044/22 |
S29/2022 |
CADANGAN MEMBINA TAMAN PERMAINAN KANAK – KANAK DI PERKAMPUNGAN BUDAYA TERACHI, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN |
CE14 |
14/06/2022 (Selasa) sebelum 12.00 tengahari |
G1 |
1. Lawatan Tapak :
Tarikh : 07/06/2022 ( Selasa)
Pendaftaran : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Perkampungan Budaya Terachi
Taklimat : 10.00 pagi
2. Syarat
2.1 Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan syarikat yang hadir hendaklah melapor diri pada tempat, masa dan tarikh yang ditetapkan.
2.2 Hanya nama – nama dalam sijil sahaja layak menyertai.
2.3 Semua butiran Sebutharga boleh didapati semasa waktu pejabat di Kaunter Hasil, Majlis Daerah Kuala Pilah.
2.4 Hendaklah membawa sijil – sijil asal CIDB dan PKK dan dipamerkan ketika pembelian borang sebutharga di Kaunter, MDKP
2.5 Bagi syarikat yang tidak mempunyai pengkhususan seperti yang ditetapkan hendaklah mendapat kebenaran khas jika ingin menyertai sebutharga
3. Dokumen Sebutharga
3.1 Harga dokumen sebutharga bagi Gred G1 dijual dengan kadar : RM 50.00 ( Lima Puluh Sahaja)
3.2 Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 07/06/2022 (Selasa) bermula 2.00 petang sehingga 13/06/2022 (Isnin)
4. Tarikh Tutup 14/06/2022 (Selasa) jam 12.00 tengahari. Sebutharga hendaklah disertakan dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) , Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.
5. Syarikat yang memasuki Sebutharga adalah DILARANG MEMBUAT PAKATAN HARGA / KARTEL bagi sesuatu perolehan. 6. Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) tidak akan terikat untuk menerima Sebutharga yang terendah atau sebarang tawaran lain dan juga tidak memberi sebarang alasan kepada Sebutharga yang tidak berjaya.