MENU

1. Sebutharga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) serta masih dibenarkan membuat Sebutharga pada masa ini untuk menjalankan perkhidmatan berikut:

Tajuk Perkhidmatan

Syarat  Kelayakan

Tarikh, Masa, & Lokasi Pembelian Borang Sebutharga

Tarikh

Tutup Tender/

Sebutharga

SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENYELENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) PC DESKTOP DAN LAPTOP DI PEJABAT MAJLIS DAERAH KUALA PILAH BAGI TAHUN 2022

Kementerian Kewangan

Kod Bidang :

210101

ICT (Information Communication Technology) /Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan dan Komponen/ Hardware (Low End Technology)

Syarikat yang berminat boleh membeli borang berharga RM50.00  di Kaunter Hasil MDKP

 

Tarikh:

3 Ogos 2022 hingga

16 Ogos 2022

 

Masa:

8.30 Pagi hingga

4.00 Petang

Tarikh:

16 Ogos 2022

 

Masa:

12.00 Tengahari

2.  Syarat:

     2.1 Hendaklah membawa sijil asal Pendaftaran Kementerian dengan Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) semasa membeli borang.

     2.2 Wakil syarikat hendaklah membawa surat wakil yang sah beserta Sijil ASAL semua dokumen seperti yang disyaratkan di atas.

     2.3 Membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.

     2.4  Mestilah berpakaian kemas.

3.  Syarikat yang ingin memasuki Sebut harga hendaklah menyediakan Wang Tunai / Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Bank Draf yang dibuat atas nama ”YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH” dan bayaran Dokumen Sebut harga tidak akan dikembalikan.

4.  TIDAK DIBENARKAN untuk terlibat dalam sebarang kegiatan pakatan harga/kartel.

5.  Tawaran Sebut harga hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender A di Tingkat 1, Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan serta meletakkan Tajuk Sebutharga di kiri sampul surat berlakri dan dialamatkan kepada:

BAHAGIAN PERKHIDMATAN DAN PENTADBIRAN

MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

72009 KUALA PILAH

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

6.   Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) tidak akan terikat untuk menerima Sebut harga yang terendah atau sebarang tawaran lain dan juga tidak memberi sebarang alasan kepada Sebutharga yang tidak berjaya.

7.   Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian:

Tel : 06-4812075 / 06-4821277 dan Fax : 06-4811042.