- Pihak pemohon dikehendaki untuk :-
i. Mengisi dan mengemukakan Borang A Jadual Pertama Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (AM) 2004.
ii. Borang ini boleh diperolehi dengan cara pembelian terus di kaunter Bahagian Pusat Setempat dengan harga RM 10.00 senaskah. Sekiranya pihak pemohon ingin memuat turun borang ini, bayaran boleh dibuat bersekali dengan permohonan kebenaran merancang cadangan pemajuan yang akan dikemukakan.
iii. Membuat bayaran Fi proses permohonan Kebenaran Merancang (Am) 2004 melalui bayaran kaedah cek di atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah atau secara tunai.
iv. Surat permohonan yang dikemukakan oleh Perancang Bandar bertauliah.
v . Lain-lain syarat dan senarai semak boleh dirujuk seperti mana yang terkandung di dalam set borang di bawah.
|