MENU

SYARAT-SYARAT BAGI SEWAAN DEWAN MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

 
1) WANG CAGARAN DAN  BAYARAN SEWA DEWAN

1. Tempahan Dewan Boleh Dibuat 4 Bulan ke atas Sebelum Tarikh Majlis Bermula.

2. Bayaran Deposit/Pertaruhan Dewan Hendaklah Di Buat Dalam Masa 30 Hari Selepas Tempahan, sekiranya tiada pembayaran diterima, tempahan akan terbatal secara automatik.

3. Bayaran Penuh Hendaklah Dibuat 14 Hari Sebelum Tarikh Bermula.Jika Tidak Dipatuhi Tempahan Akan
    Terbatal Secara Automatik.

4. Cagaran Boleh Dituntut  7 Hari  Selepas Berlangsung Dan  Dibawa Berserta Salinan Cagaran Asal  Dan Akan
    Diproses Selama 14 Hari Waktu Bekerja.

2) PEMBATALAN TEMPAHAN DEWAN

1.Tempahan Dewan Akan Terbatal Automatik Sekiranya Pihak Penyewa Tidak Menjelaskan Wang Cagaran
    Dalam Tempoh 30 Hari.

2.Segala Pembatalan Tarikh Tempahan Perlulah Dimaklumkan Secara Bertulis(Agensi/Orang
   Awam)/Lisan(Orang Awam) Selewat-Lewatnya 1 Bulan Sebelum Tarikh Majlis.

3. Pihak MDKP Berhak Membatalkan Tempahan Jika :
    i. Penyewa Tidak Mematuhi Syarat Dan Peraturan Yang Ditetapkan.
    ii.Terdapat Penganjuran Acara Yang Lebih Utama Dianjurkan MDKP/Pihak Kerajaan.

4. Pihak MDKP Tidak Akan Membayar Gantirugi Dan Tidak Akan Bertanggungjawab Terhadap Keselamatan,
    Kecederaan, Kemalangan Atau Kehilangan Yang Berlaku Semasa Pengguna Berada Di Dewan MDKP.

5. Pengguna / Penyewa Dilarang Membawa Minuman/Makanan Tidak Halal Di Dalam Ataupun Di Sekitar
    Kawasan Di Dewan Serbaguna.

6. Pengguna Dikehendaki Mengemukakan Resit Bayaran Sebelum Menggunakan Dewan Atau Pada Bila-Bila
    Masa Yang Diminta Oleh Datuk Bandar Atau Wakilnya.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.