MENU

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila gunakan Maklumbalas Awam

CUKAI

   
1. Bilakah bil cukai taksiran dihantar ?
  Bil Cukai Taksiran akan dihantar kepada pemilik selewat- lewatnya pada minggu kedua bulan Januari untuk 1/2 tahun pertama dan juga selewat- lewatnya minggu kedua bulan Julai untuk 1/2 tahun kedua. Jika bil- bil tersebut tidak diterima di dalam bulan tersebut maka pemilik bolehlah datang sendiri di bahagian Penilaian, Majlis Daerah Kuala Pilah. Pemilik yang tidak menerima bil terbaru dikehendaki membawa bil lama untuk semakan nombor Akaun Harta dan Alamat Harta.
   
2. Bagaimana cukai taksiran dikenakan ?
  Ia dilakukan melalui proses nilaian berpandukan nilai tahunan dan kadar peratus yang diwartakan.“Nilai Tahunan” ertinya anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika ia disewakan.
   
3. Bagaimana pembayaran harus dilakukan ?
  Cukai Taksiran boleh dibayar dua kali setahun iaitu pada atau sebelum 28 Februari bagi ½ tahun pertama dan pada atau sebelum 31 Ogos bagi ½ tahun kedua. Sekiranya pemilik ingin membayar cukai setahun mereka bolehlah membayar sebelum 28 Februari bagi tahun berkenaan.
   
4. Tempoh pembayaran cukai taksiran am.
  Cukai Taksiran boleh dibayar dua kali setahun iaitu pada atau sebelum 28 Februari bagi ½ tahun pertama dan pada atau sebelum 31 Ogos bagi ½ tahun kedua. Sekiranya pemilik ingin membayar cukai setahun mereka bolehlah membayar sebelum 28 Februari bagi tahun berkenaan.
   
5. Tindakan - tindakan jika cukai tidak dijelaskan.
  Tarikh bayaran untuk mengelakkan denda adalah : ½ tahun pertama mulai 1hb Jan. hingga 28hb. Feb. dan ½ tahun kedua mulai 1hb Julai hingga 31hb Ogos pada setiap tahun. Pemilik akan dikenakan denda lewat bayaran jika tidak membayar pada tarikh yang ditetapkan. Bayaran penuh perlu dijelaskan selepas 15 hari notis tuntutan dikeluarkan. Jika masih tidak membayar cukai, waran tahanan akan dikeluarkan.
   
6. Kenapa perlu membayar cukai taksiran ?
  Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.
   
7. Mengapa cukai taksiran saya berbeza dengan jiran saya ?
  Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh:-
• Jenis bangunan
• Keluasan lantai
• Lokasi
• Bahan-bahan pembinaan
• Kegunaan
 
   
8. Apakah perbezaan "Cukai Taksiran" dan "Cukai Tanah" ?
 
  • Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu' dibayar kepada pihak Berkuasa Tempatan dan perlu dibayar dua kali setahun. Bil cukai taksiran berwarna hijau.
  • Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada pihak Berkuasa Negeri. Bil cukai tanah berwarna kuning.
  Pengawai utk di hubungi :-

Nama : SITI NOORRUSSHIMA BINTI MOHAMMAD NOR,
Bahagian : KEWANGAN DAN HASIL,
No.Telefon : 06-4812075, 

Email : shima@mdkp.gov.my