Setinggi-tinggi tahniah kepada semua wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Majlis Daerah Kuala Pilah kerana telah merangkul Anugerah Pengurusan MBJ Terbaik 2024 Kategori Pihak Berkuasa Tempatan sempena Persidangan MBJ Negeri Sembilan 2025.
Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pada 11 September 2025 (Khamis) bertempat di Royale Chulan, Seremban.
