

























29 Jun 2026 (Isnin) – Belanjawan 2027 bukan sekadar penyediaan anggaran kewangan, malah menjadi dokumen penting dalam menentukan hala tuju pembangunan daerah serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat Kuala Pilah.
Selaras dengan kehendak Seksyen 55 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), penyediaan belanjawan perlu dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Khas sebelum dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk kelulusan.
Fokus Utama Belanjawan 2027 ialah :
- Memperkukuh Kedudukan Kewangan Majlis
- Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan
- Belanjawan Berimpak
Belanjawan hendaklah bersifat realistik, mampan dan berorientasikan hasil. Setiap peruntukan perlu memberi impak kepada kesejahteraan rakyat, mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemah dan cekap.
Dengan kerjasama semua pihak, pihak Majlis yakin Belanjawan 2027 mampu memperkukuh kedudukan kewangan Majlis serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Semoga tema “Memperkukuh Hasil, Memantapkan Perkhidmatan” menjadi panduan dalam merealisasikan pembangunan yang mampan demi kesejahteraan penduduk Daerah Kuala Pilah.