BENGKEL BERKAITAN GAJI, ELAUN DAN KEMUDAHAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MDKP TAHUN 2026

Bahagian Sumber Manusia, Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah menganjurkan Bengkel Berkaitan Gaji, Elaun dan Kemudahan Pegawai Perkhidmatan Awam Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2026.


Tarikh: 2 & 3 September 2026 (Rabu & Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Seri Menanti, Sri Menanti Resort


Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Mohamed Shahrizan bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Gred M14, Bahagian Gaji dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam yang mengupas pelbagai perkara berkaitan pengurusan gaji, elaun, waktu bekerja dan lebih masa, kemudahan cuti serta kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan dengan perkhidmatan awam.


Program ini turut menjadi platform penting dalam meningkatkan kefahaman warga kerja MDKP terhadap peraturan dan kemudahan perkhidmatan, sekali gus memperkasa Bahagian Sumber Manusia MDKP agar lebih cekap, telus dan berintegriti.


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohamed Shahrizan bin Abu Bakar atas perkongsian ilmu yang penuh interaktif dan menyeronokkan. Selain itu syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang bengkel berlangsung.