Bengkel Sasaran Kerja Utama (SKU) Majlis Daerah Kuala Pilah bagi tahun 2026

SKU
Bengkel Sasaran Kerja Utama (SKU) Majlis Daerah Kuala Pilah bagi tahun 2026 yang diadakan di Holiday Inn, Johor Bahru pada 5 hingga7 Februari 2026. Peserta bengkel yang terdiri daripada Ketua-ketua Bahagian/Unit dan Pegawai Bertanggungjawab (PIC) setiap bahagian/unit.

Puan Yang Dipertua, juga telah menyampaikan hasrat beliau bagi bengkel pada tahun ini antaranya:
✅ Pemerkasaan cukai taksiran dan bayaran tunggakan
✅ Pemerkasaan lesen dan permit perniagaan
✅ Pengoptimuman penggunaan aset PBT
✅ Pemerkasaan penguatkuasaan
✅ Teroka hasil baru
✅ Sasaran 5 bintang
✅ Program berimpak tinggi
✅ Pemerkasaan pengurusan
✅ Kuala Pilah Bandar Pintar
✅ Pemerkasaan penyampaian perkhidmatan dan penyelenggaraan

Diharapkan bengkel ini dapat menjadi titik permulaan kepada peningkatan ilmu, kemahiran dan keyakinan para pegawai, seterusnya dapat dilaksanakan secara berkesan dalam tugasan serta kehidupan seharian, dan semoga segala perkongsian serta pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini memberi manfaat berterusan pada masa hadapan.