Alhamdulillah, pagi ini saya bersama saf kepimpinan Negeri Sembilan mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti.
Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Sembilan, patik merafak sembah menjunjung kasih atas keberangkatan Duli Tuanku berdua untuk bersama-sama rakyat meraikan hari yang penuh barakah ini.
Semoga Allah SWT terus melimpahkan keafiatan dan keberkatan kepada Duli Tuanku berdua, serta memberkati seluruh rakyat Negeri Sembilan.






