CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN 2025 @ MDKP

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita menjayakan Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2025 pada 11 Jun 2025 (Rabu). Diucapkan ribuan terima kasih serta sekalung penghargaan di atas segala komitmen semua para tetamu jemputan dan penonton siaran langsung Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MDKP 2025 di laman Facebook rasmi Majlis Daerah Kuala Pilah pada petang semalam.

Objektif Kempen Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Majlis Daerah Kuala Pilah ini diadakan adalah sebagai galakkan kepada semua pemilik pegangan hartanah bercukai di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah untuk menjalankan tanggungjawab membayar cukai taksiran dengan lebih awal dan sekali bayaran untuk tempoh 2 penggal.

Pada tahun 2025 ini pihak majlis menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM 15,000.00 yang terdiri daripada 54 Jenis barangan elektrik untuk dimenangi oleh semua para peserta yang layak. Hadiah Utama bagi cabutan bertuah cukai taksiran pada tahun ini berupa sebuah motorsikal Modenas Kriss MJ110F untuk dimenangi oleh peserta yang bertuah.

Akhir kata dengan jumlah sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pembayar cukai, program ini akan diteruskan setiap tahun dan insyallah hadiah-hadiah cabutan ini akan ditambah berdasarkan peruntukkan semasa serta komitmen tuan-tuan dan puan-puan dalam menjelaskan cukai taksiran MDKP setiap tahun.

Tahniah kepada semua para pemenang‼️

Untuk makluman bagi 10 hadiah utama akan disampaikan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Penerima nombor cabutan bertuah bermula 55 hingga 11 boleh menuntut hadiah di kaunter Korporat dan Pelancongan Mdkp bermula pada 16 Jun 2025 sehingga 17 September 2025.

image
image
image
image
image
image
image
image
image