


























KUALA PILAH – Majlis Daerah Kuala Pilah telah melaksanakan Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2026 pada 24 Jun 2026 (Rabu). Ribuan terima kasih diucapkan serta sekalung penghargaan di atas segala komitmen semua para tetamu jemputan dan penonton siaran langsung Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MDKP 2026 di laman Facebook rasmi Majlis Daerah Kuala Pilah.
Objektif Kempen Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Majlis Daerah Kuala Pilah ini diadakan adalah sebagai galakkan kepada semua pemilik pegangan hartanah bercukai di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah untuk menjalankan tanggungjawab membayar cukai taksiran dengan lebih awal dan sekali bayaran untuk tempoh 2 penggal.
Kempen ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2021 yang lalu dan tahun ini merupakan kali yang keenam diadakan. Kempen ini telah bermula seawal bulan Februani 2026 yang lalu hingga 28 Februari 2026. Cabutan bertuah ini terbuka kepada semua pegangan hartanah bercukai (individu) di dalam Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kuala Pilah.
Pada tahun 2026 ini pihak majlis menawarkan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM 15,000.00 yang terdiri daripada 55 Jenis barangan elektrik untuk dimenangi oleh semua para peserta yang layak. Hadiah Utama bagi cabutan bertuah cukai taksiran pada tahun ini berupa Sebuah motorsikal Modenas Kriss MJ110F untuk dimenangi oleh peserta yang bertuah.
Dengan jumlah sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pembayar cukai, program ini akan diteruskan setiap tahun dan hadiah-hadiah cabutan ini akan ditambah berdasarkan peruntukkan semasa serta komitmen tuan-tuan dan puan-puan dalam menjelaskan cukai taksiran MDKP setiap tahun.
Di samping itu, besarlah harapan pihak Majlis agar semua para pemilik pegangan untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk menjelaskan cukai taksiran bagi memastikan segala perancangan projek pembangunan, kerja-kerja penyelenggaraan dan operasi MDKP dapat dijayakan dengan jayanya selaras dengan visi MDKP untuk ke arah sebuah Majlis Perbandaran 2035.