MOH KITO KHUSUSNYA WARGA PENDUDUK KUALA PILAH UNTUK MEMBERIKAN CADANGAN, HASRAT BAGI PEMBINAAN BARU PASAR KUALA PILAH.
Pasar Kuala Pilah akan dikekalkan di tapak sediada, bangunan pasar basah dan pasar kering akan dirobohkan bagi membina sebuah bangunan setingkat yang mengabungkan pasar basah dan kering serta lain-lain kompenan pasar yang berkaitan selaras dengan keseragaman Garis Panduan Pasar Sejahtera oleh Pihak Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT).
Usaha yang berterusan oleh pihak Majlis membuka cadangan dan hasrat kepada semua penduduk Kuala Pilah amnya adalah untuk mendapatkan hasil dan lebih dekat dengan hati penggunan yang akan menggunakan sepenuhnya kemudahan bangunan awam ini kelak.
Pihak Majlis mengalu-alukan cadangan pendapat serta apa sahaja yang dapat memberikan impak dalam perlaksaaan bagi pembinaan ini. Sila isi borang yang kami sediakan bagi menyampaikan hasrat yang tersirat serta tersurat dengan mengambil kira keperluan dan kehendak penduduk setempat.
TEMPOH PERLAKSANAAN CADANGAN INI: 14 OGOS SEHINGGA 15 SEPTEMBER 2025
Tekan link di bawah bagi mengisi maklumat cadangan atau pendapat anda tentang Pembinaan Pasar Baru Kuala Pilah