CADANGAN MENAIKTARAF KAUNTER DI PEJABAT OSC, MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

1. Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G1 dan di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah bagi menyertai sebutharga bagi kerja di bawah:-

2.   Lawatan Tapak :

             Tarikh             :      7/6/2022 (Selasa)

             Pendaftaran    :      9.00 pagi -10.00 pagi

             Tempat           :      Dewan Bandaran MDKP.

       Taklimat         :      9.00 pagi

3. Syarat:

    3.1  Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai

  sebutharga. Semakan pendaftaran perlu dilaksanakan sebelum pembelian Borang Sebutharga.

    3.2  Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/ kontraktor yang hadir untuk sesi

           pendaftaran pada Tarikh yang telah ditetapkan. HANYA PEMILIK SYARIKAT sahaja yang dibenarkan

           menghadiri sesi pendaftaran tersebut dan wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN.

    3.3  Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM, CIDB dan PKK dan dipamerkan ketika pembelian borang di 

 kaunter Hasil MDKP.

    3.4  Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.

    3.5  Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak

           dibenarkan.

    3.6  PEMALSUAN BUTIRAN didalam Borang Pendaftaran dan Dokumen berkaitan seperti SPKK (CIDB), PKK

           (CIDB), STB (BPKU) dan lain-lain dokumen yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK/ terbatal dan laporan 

            kepada CIDB akan dibuat untuk tindakan undang-undang.

    3.7  Dokumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Majlis Daerah Kuala Pilah

           tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan MDKP tidak terikat

 menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.

 

4. Dokumen Sebutharga

     4.1  Harga dokumen sebutharga bagi Gred G1 dijual dengan kadar: RM50.00 (Lima        Puluh 

  Sahaja).

     4.2  Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 8/6/2022 (Rabu) bermula 9.00

  pagi sehingga 14/06/2022 (Selasa).

 

5.  Tarikh Tutup:

     5.1  15/06/2022 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan      

            Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera

  (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.

     5.2  Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah atau mana-mana      sebutharga

  yang berpatutan.