Certificate of Appreciation Concerned for Senior Citizens

5 Oktober 2025 (Ahad) – Alhamdulillah sekali lagi MDKP menerima Sijil Penghargaan Prihatin Warga Emas yang disampaikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kategori Daerah.

Turut sama hadir dalam majlis ini ialah YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YB Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, EXCO Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan dan YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Kategori Bandaraya diperolehi oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Kategori Perbandaran diperolehi oleh Majlis Perbandaran Kulim. Tahniah buat semua warga MDKP dan Ahli Majlis juga yang sentiasa prihatin Warga Emas. Sentiasa kita menyayangi warga emas dan memudahkan mereka.