Tawaran sebut harga adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub-bidang yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini menyertai sebutharga berikut:
Bil. |
No. Rujukan |
Butiran Tawaran |
Pengkhususan |
Harga Dokumen |
Tarikh Tutup |
1. |
MDKP 193/10/2022-024 |
SEBUTHARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENTAULIAHKAN AKSESORI LAMPU JALAN MILIK MDKP |
140503 atau 140599 |
RM30.00 |
27 Julai 2022 Pada 12.00 Tengahari |
2. Syarat:
2.1 Hanya pembekal yang berdaftar dengan MDKP sebelum tarikh beli borang sebutharga layak menyertai sebutharga.
2.2 Hendaklah membawa sijil asal SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia ketika pembelian borang di kaunter Hasil MDKP.
2.3 Mempunyai kod bidang:
140503 — Lampu, komponen lampu dan aksesori, dan
140599 — Pembuat
2.4 Membawa cop syarikat bagi memudahkan urusan membeli dokumen sebut harga.
2.5 Pemalsuan butiran di dalam Borang Pendaftaran, Dokumen Sebutharga dan Dokumen Berkaitan seperti SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia adalah tidak layak dan terbatal.
2.6 Dokumen sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. MDKP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan MDKP tidak akan terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.
3. Dokumen sebutharga:
3.1 Harga dokumen sebut harga RM30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Sahaja)
3.2 Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 20/7/2022 hingga 26/7/2022.
4. Tarikh tutup: 27/7/2022 jam 12.00 tengah hari.
Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan SSM dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih sah serta dimasukkan ke dalam ke dalam peti tender MDKP.
5. Majlis tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah atau mana-mana sebut harga yang berpatutan.