MENU

1.  Permohonan dipelawa kepada yang berminat menyewa dan menjalankan aktiviti

perniagaan di gerai/pasar Majlis Daerah Kuala Pilah.

2.  Kekosongan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Bil.

No. Gerai

Lokasi

Kadar Sewa Bulanan (RM)

1.

1, 2, DAN 3

Gerai MDKP Bistro @ UB Taman Rekreasi Ulu Bendul

RM 50.00

3.  SYARAT-SYARAT PERMOHONAN GERAI/PASAR MAJLIS DAERAH KUALA PILAH:

  • Warganegara Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada permohonan yang menetap di Daerah Kuala Pilah.
  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  • Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pelesenan, MDKP secara percuma.
  • Borang permohonan hendaklah diserahkan dengan melampirkan Bersama dokumen seperti berikut:

          a. 1 salinan kad pengenalan

          b. 3 keping gambar berukuran passport

          c. 1 set salinan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat jika ada)

          d. 1 salinan sijil kursus-kursus berkaitan perniagaan (jika ada)

e. 1 salinan penyata bank terkini (3 bulan terakhir)

4.   Borang Permohonan boleh diperolehi mulai 8 Ogos 2022 di Kaunter Pelesenan, MDKP. Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran proses permohonan sebanyak RM 10.00 bagi satu permohonan.

5.   Borang permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 22 Ogos 2022. Borang yang dihantar selepas tarikh tutup iklan tidak akan diterima.

6. Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut sila hubungi:

No.tel: 06-4841280 (Bahagian Pelesenan)