Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G1 dan di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2022 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:-
Bil |
Rujukan MDKP |
No. Sebut |
Projek |
Pengkhususan |
Tarikh Tutup |
Gred/ Kod |
1. |
MDKP 193/10/2022 |
S41/2022 |
MEMBINA PAPAN TANDA MAKLUMAT BERPUSAT KAWASAN PERINDUSTRIAN DIOH, KUALA PILAH SERTA KERJA-KERJA |
CE21 |
25 Ogos |
G1 |
2.0 Lawatan Tapak:
2.1 Tiada lawatan tapak diadakan.
3.0 Syarat:
3.1 Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai sebutharga.
3.2 Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/ kontraktor yang hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan. HANYA PEMILIK SYARIKAT sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi pendaftaran tersebut dan wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN.
3.3 Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM, CIDB dan PKK dan dipamerkan ketika pembelian borang di kaunter Hasil MDKP.
3.4 Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.
3.5 Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak dibenarkan.