Tawaran sebut harga adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah bidang atau sub-bidang yang berkaitan sahaja dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini menyertai sebutharga berikut:
Bil. | No. Rujukan | Butiran Tawaran | Pengkhususan | Harga Dokumen | Tarikh Tutup |
1. | MDKP.NS 04.600- 7/2023-001 |
CADANGAN PENYELENGGARAAN PENGHAWA DINGIN BANGUNAN, DEWAN DAN PEJABAT MAJLIS DAERAH KUALA PILAH |
220301 atau CIDB — Kategori M01 |
RM50.00 | 13.02.2023 @ 12.00 tengahari |
2. Syarat:
2.1 Hanya pembekal yang berdaftar dengan MDKP sebelum tarikh tutup sebutharga layak menyertai tawaran sebutharga.
2.2 Hendaklah membawa sijil asal SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia ketika pembelian borang di kaunter Hasil MDKP.
2.3 Mempunyai kod bidang : 220301 — Penyelenggaran/Pembaikan Alat Hawa Dingin (window, spIit, berpusat) , atau
CIDB - Kategori M01
2.4 Membawa cop syarikat bagi memudahkan urusan membeli dokumen sebut harga.
2.5 Pemalsuan butiran di dalam Borang Pendaftaran, Dokumen Sebutharga dan Dokumen Berkaitan seperti SSM dan Kementerian Kewangan Malaysia adalah tidak layak terbatal.
2.6 Dokumen sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. MDKP tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan MDKP tidak akan terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.
3. Lawatan tapak : Tarikh : 07.02.2023 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, MDKP
4. Dokumen sebut harga:
4.1 Harga dokumen sebut harga RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)
4.2 Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 07/02/2023 hingga 13/02/2023
5. Tarikh tutup: 13/02/2023 jam 12.00 tengah hari.
6. Majlis tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah atau mana-mana sebut harga yang berpatutan.