1. Permohonan dipelawa kepada yang berminat menyewa dan menjalankan aktiviti perniagaan di gerai/pasar Majlis Daerah Kuala Pilah.
2. Kekosongan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
BIL | NO. GERAI | LOKASI |
KADAR SEWA BULANAN (RM) |
1. | 13 dan 16 | Blok A, Belango Waghih, Melang |
RM250.00 RM80.00 |
2. | 4 dan 8 | Blok B, Belango Waghih, Melang | RM250.00 |
3. | 5, 7, 8, 12 dan 14 | Pusat Penjaja Juasseh | RM80.00 |
4. | 21, 22, 23 dan 24 | Bazar Pekan Rabu | RM200.00 |
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN GERAI/PASAR MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
1. Warganegara Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada permohonan yang menetap di Daerah Kuala Pilah.
2. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan betul. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pelesenan, MDKP secara percuma.
3. Borang permohonan hendaklah diserahkan dengan melampirkan bersama dokumen seperti berikut:
- 1 salinan kad pengenalan.
- 3 keping gambar berukuran passport.
- 1 set salinan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat (jika ada).
- 1 salinan sijil kursus-kursus berkaitan perniagaan (jika ada).
- 1 salinan penyata bank terkini (3 bulan terakhir).
4. Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran proses permohonan sebanyak RM 10.00 bagi satu permohonan.
5. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pelesenan pada 26 Mei 2023 secara percuma dan hendaklah di hantar sebelum atau pada 8 Jun 2023. Borang yang di hantar selepas tarikh tutup iklan tidak akan diterima.