1. Permohonan dipelawa kepada yang berminat menyewa dan menjalankan aktiviti perniagaan di gerai/pasar Majlis Daerah Kuala Pilah.
2. Kekosongan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
BIL | NO. GERAI | LOKASI | KADAR SEWA BULANAN (RM) |
1. |
6, 7, 14, 20, 21, 22, 24, 31, 40, 42, 44, 47, 48, 54, 55, 58, 62, 63, 66, 67, 68, 69, 70, 72, 73, 74, 75, 76, 77, 78, 79, 97 |
Pasar Awam Baru Kuala Pilah |
RM 17.00 – RM 24.00 |
2. | 17, 18, 42, 46 | Pasar Awam Lama Kuala Pilah |
RM 16.50 – RM 19.00 |
3. | 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 11 | Gerai Babi Pasar Awam Lama Kuala Pilah | RM 19.00 |
4. | 16, 22, 23, 24 | Bazar Pekan Rabu | RM 200.00 |
5. |
G1,G2,G3 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16 |
Pasar Awam Juasseh |
RM 17.00 – RM 19.00 |
6. | 3, 4, 10 | Pasar Awam Johol |
RM 16.50 – RM 19.00 |
7. | 18 | Medan Selera Kuala Pilah | RM 100.00 |
8. | 17 | Arked Perhentian Bas Kuala Pilah | RM 80.00 |
9. | 1 | Rumah Rakyat Ampang Tinggi | RM 8.00 |
10. | 1, 3, 4, 5 | R & R Jemapoh | RM 50.00 |
11. | 10 | Gerai Buah-Buahan Ulu Bendul | RM 30.00 |
12. | 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 | Arked Parit Tinggi | RM 50.00 |
13. | 3, 4 | Gerai Ayam Panggang | RM 19.00 |
14. | 1, 2, 7, 8 | Kedai Desa Juasseh |
RM 650.00 – RM 500.00 |
15. | 4 | Pusat Penjaja Pilah Perdana | RM 80.00 |
16. | 7, 14 | Pusat Penjaja Juasseh | RM 50.00 |
17. |
5, 6, 9, 10 |
Pusat Penjaja Taman Bahagia Delima | RM 150.00 |
18. | 1, 6, 16 | Pusat Penjaja Belango Waghih |
RM 80.00 – RM 250.00 |
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN GERAI/PASAR MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
1. Warganegara Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada permohonan yang menetap di Daerah Kuala Pilah.
2. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan betul. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pelesenan, MDKP secara percuma mulai 23 November 2023.
3. Borang permohonan hendaklah diserahkan dengan melampirkan bersama dokumen seperti berikut:
a) 1 salinan kad pengenalan.
b) 3 keping gambar berukuran passport.
c) 1 set salinan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat (jika ada).
d) 1 salinan sijil kursus-kursus berkaitan perniagaan (jika ada).
e) 1 salinan penyata bank terkini (3 bulan terakhir).
4. Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran proses permohonan sebanyak RM 10.00 bagi satu permohonan.
5. Borang permohonan hendaklah di hantar sebelum atau pada 7 Disember 2023. Borang yang di hantar selepas tarikh tutup iklan tidak akan diterima.