MENU

Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G1 di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala  Pilah Tahun 2024 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:-

Bil Rujukan MDKP No.
Sebut harga
Projek Gred & Pengkhususan Tarikh
Tut\Jp
/Jam
Harga Dokumen
1. MDKP.NS
04.400-7/2024
-049
S017/2024 PENYELENGGARAAN
LALUAN PEJALAN KAKI DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN DIOH, DAERAH KUALA PILAH
CIDB GRED G1
Kategori : CE Pengkhususan
CE21
16
Julai (Selasa) 2024
@ 12.00
I/hari
RM 50.00

 

2.0   Lawatan Tapak:

        Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah sahaja layak menyertai lawatan tapak / taklimat :

          Tarikh           :  8 Julai 2024 (Isnin)

          Pendaftaran  :  9.00 Pagi - 10.00 Pagi

          Tempat         :  Dewan Bandaran MDKP

          Taklimat       :  10.00 Pagi

3.0   Syarat:

         3.1 Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai sebutharga. Semakan pendaftaran perlu dilaksanakan sebelum pembelian Borang Sebutharga.

         3.2   Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/kontraktor yang hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan.  HANYA PEMILIK SYARIKAT sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi pendaftaran tersebut dan wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN

          3.3   Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM, CIDB dan PKK semasa lawatan tapak dan dipamerkan ketika pembelian borang di kaunter MDKP.

          3.4   Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.

          3.5  Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak dibenarkan

         3.6   PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran dan Dokumen Berkaitan seperti SPKK (CIDB), PKK (CIDB),STB (BPKU) dan lain-lain dokumen yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK /TERBATAL dan laporan kepada CIDB akan dibuat untuk tindakan undang-undang.

       3.7   Dokumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Majlis Daerah Kuala Pilah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan,keIewatan dan MDKP tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran.

4.0   Dokumen Sebutharga

          4.1   Harga dokumen sebutharga bagi Gred G1 dijual dengan kadar: RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).

         4.2   Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 9 Julai 2024 (Selasa) sehingga 15 Julai 2024 (Jumaat) pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.

5.0    Tarikh Tutup:

        16 Julai 2024 (Selasa) jam 12.00 tengah hari.  Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.

6.0  Majlis  tidak  terikat  untuk  menerima  sebutharga  yang  paling  rendah  atau  mana-mana sebutharga yang berpatutan.

7.0    Kerjasama dan penyertaan tuan diucapkan terima kasih. Sekian.