8 September 2025 (Isnin) – Majlis Daerah Kuala Pilah telah dianugerahkan Excellence in Urban Environmental Management Award sempena WMAM 20th Anniversary Conference 2025 bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar Bin Abd Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. YBrs. Tuan Amin Jamail bin Thamimul Ansary, Setiausaha MDKP hadir mewakili MDKP untuk menerima anugerah tersebut.
Semoga anugerah yang dapat ini boleh memberi manfaat serta menaik taraf kehidupan komuniti di Kuala Pilah untuk melahirkan sebuah bandar yang mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).


