Focus Group Discussion (FGD) Kajian Pelan Induk Landskap Daerah Kuala Pilah 2037

25 September 2025 (Khamis) – Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat melaksanakan majlis Focus Group Discussion (FGD) Kajian Pelan Induk Landskap Daerah Kuala Pilah 2037 di Arena Premiere Hotel, Seremban.

Dalam program ini Pihak Jabatan Landskap Negara (JLN) bersama pihak Perunding HijauReka Sdn. Bhd. yang dilantik telah menjemput beberapa wakil agensi teknikal bagi mendapatkan input dan maklumat yang lebih tepat bagi mencapai satu hala tuju pembentukan Pelan Induk Landskap yang jelas dan beridentitikan Kuala Pilah.

Pogram ini telah berlangsung dengan baik dan mencapai matlamat yang dijangkakan. Semoga dengan adanya dokumen rasmi khas Pelan Induk Landskap Kuala Pilah ini kelak, dapat menjadi garis panduan yang jelas bagi pembentukan landskap Kuala Pilah yang lebih berkarakter.

image
image
image