3 Oktober 2025 (Jumaat) – Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya dapat bersama-sama di dalam Gala Apresiasi Kecemerlangan Majlis Daerah Kuala Pilah 2025 di Arena Premier Hotel, Seremban. Seramai 120 orang yang terdiri dari warga kerja MDKP dan Ahli-ahli Majlis MDKP hadir bagi memeriahkan majlis.
Gala Apresiasi Kecemerlangan MDKP ini diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan semua warga MDKP yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan pelbagai program dan inisiatif. Selain itu, pihak MDKP juga turut meraikan pencapaian cemerlang individu dan organisasi yang menunjukkan komitmen tinggi, dedikasi, serta prestasi luar biasa sepanjang tahun.
Diharap program seperti ini menjadi platform penghargaan rasmi yang dapat memperkukuh hubungan silaturahim, jaringan kerjasama serta menggalakkan budaya kerja cemerlang dan berintegriti serta menyuntik motivasi dan inspirasi agar warga MDKP terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang tugas masing-masing serta memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.



