Hari Keputeraan

hari keputeraan

14 Januari 2025 (Selasa) – Sekitar Istiadat Kawalan Kehormatan Utama yang diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, pada pagi tadi. Istiadat penuh adat istana ini dilaksanakan dengan penuh tertib dan istiadat diraja, melibatkan pasukan kawalan kehormatan yang memberi tabik hormat kepada baginda Tuanku sebagai tanda taat setia rakyat Negeri Sembilan.

Acara ini menjadi simbol penghormatan tertinggi daripada kerajaan dan rakyat Negeri Sembilan terhadap baginda Tuanku, di samping menyerlahkan keutuhan tradisi diraja yang terus dipelihara.