IKLAN PENGAMBILAN
PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2025 DI BAHAGIAN KEWANGAN, MAJLIS DAERAH KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.
Permohonan adalah dipelawa kepada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan diberi kepada RAKYAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS yang berkelayakan dan BERUMUR TIDAK KURANG 18 TAHUN pada tarikh iklan ditutup untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut :
| BIL | JAWATAN | KELAYAKAN | BIL. KEKOSONGAN | PENEMPATAN | KADAR UPAH | TEMPOH LANTIKAN |
| 1 | Penolong Akauntan (W5) | Diploma Perakaunan atau Diploma yang setaraf dengannya |
1 | Bahagian Kewangan | RM1,900.00 | (1 April 2025 hingga 31 Disember 2025) |
Syarat Permohonan:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Mempunyai Diploma dalam bidang Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
4. Mempunyai Kemahiran menggunakan aplikasi komputer seperti pemprosesan kata (Microsoft Word), hamparan helaian (Microsoft Excel), pangkalan data (Microsoft Access) dan persembahan grafik (Microsoft Power Point);
5. Boleh bekerja dalam Kumpulan/pasukan dibawah pengawasan minimum; dan
6. Boleh bekerja lebih masa sekiranya diperlukan adalah satu kelebihan.
HANYA CALON YANG DISENARAI PENDEK AKAN DIJEMPUT KE SESI TEMUDUGA
Permohonan adalah melalui MYFutureJobs di link berikut: https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search- jobs/description?jobId=a29eaadac07547b19cac7c56234d7ac7&where=KUALA%20PILAH Atau boleh menghantar pertanyaan secara rasmi melalui emel kepada sitizaharah@mdkp.gov.my atau rusnida@mdkp.gov.my dengan tajuk emel PERMOHONAN MySTEP MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 7 MAC 2025 SEBELUM JAM 5.00 PETANG
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan/panggilan selepas dua (2) minggu dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 06-4812075 samb 1276/1277
(Puan Siti Zaharah binti Mohamed Ismail atau Puan Rusnida binti Mansor.)