1.Permohonan dipelawa kepada yang berminat menyewa dan menjalankan aktiviti perniagaan di gerai/pasar Majlis Daerah Kuala Pilah.
2. Kekosongan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
| BIL | NO. GERAI | LOKASI | KADAR SEWA BULANAN (RM) |
| 1. |
7,14,21,22,24,31,39,40,42,44,47,48,54,55,58, 62,63,66,67,68,69,70,72,75,76,78,79 dan 97 |
Pasar Awam Baru Kuala Pilah |
RM 17.00 – RM 24.00 |
| 2. | 42,43,46, dan 48 | Pasar Awam Lama Kuala Pilah |
RM 16.50 – RM 19.00 |
| 3. | 2,3,4,5,6,7,8,9 dan 11 | Gerai Babi Pasar Awam Lama Kuala Pilah | RM 19.00 |
| 4. | 16,21 dan 24 | Bazar 1 Malaysia |
RM 200.00 |
| 5. |
G2,G3 2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15, dan 16 |
Pasar Awam Juasseh |
RM 17.00 – RM 19.00 |
| 6. | 1 | Kampung Ibol, Terachi | RM250.00 |
| 7. | 3,4 dan 10 | Pasar Awam Johol |
RM 16.50 – RM 19.00 |
| 8. | 1,2,3,4,5,6 dan 7 | Arked Parit Tinggi | RM50.00 |
| 9. | 3 dan 4 | Gerai Ayam Panggang | RM19.00 |
| 10. | 6,15 dan 16 | Pusat Penjaja Belango Waghih |
RM 80.00 – RM250.00 |
| 11. | 3 |
Perhentian Bas/ Teksi |
RM80.00 |
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN GERAI/PASAR MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
1. Warganegara Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada permohonan yang menetap di Daerah Kuala Pilah.
2. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan betul. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pelesenan, MDKP secara percuma.
3. Borang permohonan hendaklah diserahkan dengan melampirkan bersama dokumen seperti berikut:
- 1 salinan kad pengenalan.
- 3 keping gambar berukuran passport.
- 1 set salinan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat (jika ada).
- 1 salinan sijil kursus-kursus berkaitan perniagaan (jika ada).
- 1 salinan penyata bank terkini (3 bulan terakhir).
4. Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran proses permohonan sebanyak RM 10.00 bagi satu permohonan.
5. Borang permohonan hendaklah di hantar sebelum atau pada 25 Ogos 2024 Borang yang di hantar selepas tarikh tutup iklan tidak akan diterima.
6. Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut sila hubungi: No.tel:06-4841280 (Bahagian Pelesenan)