IKLAN KEKOSONGAN GERAI/PASAR MDKP

1. Permohonan adalah dipelawa kepada yang berminat menyewa dan menjalankan aktiviti perniagaan di gerai/pasar Majlis Daerah Kuala Pilah.

2. Kekosongan yang ditawarkan adalah seperti yang berikut :

BIL.

NO. GERAI

LOKASI

KADAR SEWA BULANAN

1.

2

Taman Bukit Pilah Perdana (Tertutup)

RM150.00

2.

2

Juasseh Tengah

RM8.00

3.

21,22 dan 24

Bazar 1 Malaysia

RM200.00

4.

12

Medan Selera Kuala Pilah

RM100.00

5.

1, 2, 3, 4, 5 dan 6

Arked Parit Tinggi

RM50.00

6.

2, 3 dan 4

R & R Jemapoh

RM50.00

7.

5, 7 dan 8

Kedai Desa Juasseh

RM500.00

8.

21,22,42,43,47,48,49,

54,55,58,62,63,66,

67,68,69, 70,74,75,

76,78,79 dan 97

Pasar Awam Baru Kuala Pilah

RM17.00 – RM24.00

9.

26 dan 40

Pasar Awam Lama Kuala Pilah

RM24.00

10.

4

Di hadapan Balai Polis Seri Menanti

RM80.00

11.

15

Sub Market Fasa 1

RM60.00

12.

1

Batu 1, Jalan Seremban

RM13.00

13.

9 dan 10

Tapak Perpustakaan Lama

RM50.00

14.

3,4,5,6,7,8,9 dan 11

Gerai Pasar Babi

RM19.00

15.

G1

Pasar Awam Juasseh

RM19.00

16.

8

Pasar Ayam

RM150.00

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :

1. Warganegara Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada permohonan yang menetap di Kuala Pilah.

2. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan betul. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pelesenan, MDKP secara percuma.

3. Borang permohonan hendaklah diserahkan dengan melampirkan bersama dokumen seperti berikut :

    a) 1 salinan kad pengenalan

    b) 3 keping gambar berukuran passport

    c) 1 set salinan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat (SSM) jika ada

    d) 1 salinan sijil kursus-kursus berkaitan perniagaan (jika ada)

    e) 1 salinan penyata bank terkini (3 bulan terakhir).

4. Pemohon hendaklah menjelaskan bayaran proses permohona sebanyak RM10.00 bagi satu permohonan.

5. Permohonan dibuka bermula 9 JUN 2022.

6. Borang permohonan hendaklah dihantar sebelum atau pada 22 JUN 2022. Borang yang dihantar selepas tarikh tutup iklan tidak akan diterima.