IKLAN TAWARAN SEBUT HARGA KERJA G1

Tawaran dibuka kepada kontraktor BUMIPUTERA yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerajaan Gred G1    dan di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah.

Sila rujuk iklan di lampiran.

 

Lawatan Tapak :

 Tarikh : 17/11/2021(Rabu)

 Pendaftaran : 9.00 Pagi – 10.00 Pagi

 Tempat : Dewan Bandaran MDKP

 Taklimat : 10.00 Pagi

 

Syarat :

1. Hanya kontraktor berdaftar sebelum tarikh tutup peti sebut harga layak menyertai sebut harga. Semakan pendaftaran perlu dilaksanakan sebelum pembelian Borang Sebut Harga.

2. Hanya nama-nama dalam sijil sahaja layak menyertai.

3. Hendaklah membawa sijil-sijil asal CIDB dan PKK dan dipamerkan ketika pembelian borang di kaunter Hasil MDKP.

4. Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.

5. Hendaklah berpakaian kemas.

6. Bagi syarikat yang tidak mempunyai pengkhususan seperti yang ditetapkan hendaklah mendapat kebenaran khas jika ingin menyertai sebut harga.

 

Dokumen Sebut Harga

1. Harga dokumen sebut harga bagi Gred G1 dijual dengan kadar RM50.00 (Lima Puluh Sahaja)

2. Dokumen sebut harga boleh dibeli di Kaunter Hasil MDKP mulai 17/11/2021 (Rabu) bermula 2.00 Petang sehingga 23/11/2021 (Selasa).

3. Tarikh Tutup :

    24/11/2021 (Rabu) jam 12.00 Tengah hari. sebut harga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB), dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.

4. Majlis tidak terikat untuk menerima sebut harga yang paling rendah atau mana-mana sebut harga yang berpatutan.