Jabatan Perkhidmatan Awam sedang menjalankan Kajian Indeks Kesejahteraaan Psikologi Malaysia (IKPM).
Semua pegwai dan kakitangan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri sembilan adalah DIWAJIBKAN menjawab kajian ini selewat-lewatnya 18 Oktober 2020.
Bagi semua Jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, tuan/puan dikehendaki memilih Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di ruangan Agensi
Tuan/puan akan memperolehi keputusan tahap kesejahteraan psikologi diri sendiri. Penerangan lanjut boleh dilihat di laman sesawang IKPM.
Tuan/puan dikehendaki menghantar keputusan ujian sebagai bukti telah menjawab dalam bentuk gambar/dokumen kepada wakil bahagian/unit. Keputusan ujian boleh ditutup/diedit jika tuan/puan tidak selesa ianya diketahui oleh orang lain.