30 September 2025 (Selasa) – Karnival Kuala Pilah Sihat Peringkat Daerah Kuala Pilah bagi tahun 2025 telah berlansung dengan jayanya di Dewan Dato’ Bahaman Shamsudin, Kuala Pilah.
Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) ini merupakan satu inisiatif di bawah KPKT yang memberi fokus kepada usaha meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar melalui aktiviti berimpak tinggi, termasuk aspek kesihatan, kesejahteraan sosial, kebersihan persekitaran, keselamatan dan kelestarian alam sekitar. Melalui program ini, komuniti bukan sahaja digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat, malah turut diperkasa untuk bergiat aktif dalam aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih mampan, inklusif dan sejahtera.
Pelbagai aktiviti telah disusun khas untuk komuniti pada Karnival Kuala Pilah Sihat hari ini, antaranya:
Senamrobik yang dijalankan seawal pagi untuk menggalakkan amalan aktiviti fizikal dalam rutin harian.
Pemeriksaan kesihatan percuma, termasuk ujian tekanan darah, glukosa, kolesterol dan indeks jisim tubuh.
Pemeriksaan gigi dan kesihatan mulut, satu aspek yang sering diabaikan tetapi penting.
Derma darah, sebagai satu bentuk sumbangan kesihatan kepada masyarakat yang memerlukan.
Pameran interaktif oleh pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang memberikan maklumat, panduan dan pendidikan kesihatan yang bermanfaat dan mudah difahami.
Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti pentas yang menarik dan edukatif seperti:
*Sembang Santai “Cantik Cara Sihat” oleh Pegawai Pemakanan, yang mengetengahkan konsep suku-suku separuh dalam pemakanan seimbang.
*Demonstrasi minuman kurang gula – memberi contoh praktikal bagaimana kita boleh mengurangkan gula dalam diet harian tanpa mengorbankan rasa.
*Latihan CPR oleh pegawai perubatan, iaitu pengetahuan asas menyelamat nyawa yang wajar diketahui oleh semua lapisan masyarakat.
*Kita juga melibatkan kanak-kanak dan keluarga dalam pertandingan seperti mewarna dan masakan sihat warisan keluarga, bagi menanam nilai kesihatan sejak dari usia muda dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Karnival ini juga merupakan platform untuk memperkasakan dua kempen utama yang menjadi agenda kesihatan negara, iaitu:
Kempen 1. Kempen Perangi Gula atau War On Sugar (WOS)
Kempen 2. Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS)
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yb Dato’ Haji Adnan Bin Haji Abu Hasan selaku perasmi program, semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, khususnya kepada warga kerja Majlis Daerah Kuala Pilah dan Pejabat Kesihatan Daerah, serta barisan urusetia karnival serta rakan strategik dalam memastikan Karnival Kuala Pilah Sihat ini dapat direalisasikan dan berjalan lancar demi kesejahteraan masyarakat Kuala Pilah.



