Kejohanan Sukan MALA Negeri Sembilan 2025

Alhamdulillah, Kejohanan Sukan MALA Negeri Sembilan 2025 diteruskan lagi pada bulan ini bagi acara Badminton. Ianya telah berlangsung pada 26 Julai 2025 (Sabtu) bertempat di NZ Badminton Arena Port Dickson dengan penuh meriah dan semangat kesukanan yang tinggi oleh pasukan-pasukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan dan Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Negeri Sembilan ‼️🏆✨

Majlis Perbandaran Port Dickson telah menjadi tuan rumah bagi acara badminton. Pasukan Badminton Majlis Daerah Kuala Pilah telah menduduki tempat ke 5 dari 8 Pasukan yang bertanding.

Tahniah dan syabas kepada semua atlit badminton MDKP yang menyertai pertandingan ini. Sekalung ucapan terima kasih juga kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah, Setiausaha MDKP, Ahli-ahli Majlis MDKP, KESUMA MDKP dan Warga Kerja MDKP tidak putus memberikan sokongan kepada pasukan badminton MDKP.

Semua peserta juga menunjukkan komitmen yang tinggi dan pertandingan berlangsung dalam suasana santai tapi kompetitif. Tahniah kepada para pemenang dan syabas juga kepada semua yang mengambil bahagian!

Sukan Mala Badminton (2)
Sukan Mala Badminton
Sukan Mala Badminton