30 Ogos 2025 (Sabtu) – Alhamdulillah, Kembara Merdeka Akar Umbi 2.0 dan Sambutan Ambang Merdeka telah berlangsung dengan jayanya dan diraikan dengan penuh gemilang di Stadium Ngoca, Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang hari, dengan pengisian yang berfokus kepada penyertaan masyarakat Kuala Pilah dan seluruh warga Negeri Sembilan.
Persembahan kebudayaan, tarian, serta kemunculan artis tempatan menyemarakkan suasana dan menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan pengunjung. Acara diakhiri dengan pertunjukan bunga api.




