KEMPEN PASAR MALAM BERSIH & BEBAS PLASTIK: JOM KITA SEPAKAT!

Warga Kuala Pilah semua! Jom kita ubah norma di pasar malam. Sambil cari makanan viral dan murtabak kegemaran, jangan lupa tanggungjawab kita pada alam sekitar.

Mulai hari ini, jom kita amalkan:
– Bawa beg kitar semula sendiri (Katakan ‘TIDAK’ pada beg plastik!)
– Bawa bekas makanan sendiri (Kurangkan polistirena & bekas plastik sekali guna)
– Jaga kebersihan (Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan)

ACARA ISTIMEWA & RAMAH MESRA bersama YDP

Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Pilah akan turun padang untuk melihat sendiri pelaksanaan kempen ini dan beramah mesra bersama para peniaga serta pengunjung:

Tarikh: 17 Julai 2026 (Jumaat)
Masa: 5.30 Petang
Lokasi: Pasar Malam Melang

Ayuh peniaga dan pengunjung, kita tunjukkan contoh yang terbaik! Bersama kita pastikan pasar malam kita bersih, selesa, dan bebas plastik.