KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN PEJABAT MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

Sebut Harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dengan pengkhususan berkaitan, dan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat (SSM) serta masih dibenarkan membuat Sebut Harga pada masa ini untuk menjalankan perkhidmatan berikut :-

Tajuk Perkhidmatan Syarat Kelayakan Tarikh, Masa & Lokasi Pendaftaran dan Pembelian Borang Sebutharga Tarikh Tutup Tender/
Sebutharga
Sebutharga  Perkhidmatan Pembersihan Pejabat Majlis Daerah Kuala Pilah, Pejabat Perancang Bandar & OSC, Pejabat Penguatkuasa, Pejabat Undang-Undang, Dan Dewan Dato’ Bahaman Samsudin, Kuala Pilah

Kementerian Kewangan

 

Kod Bidang   221001- Pembersihan Bangunan Dan Pejabat   

Dan  

Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Pembekal Yang Berminat Boleh Mendaftar Dan Membeli Di Kaunter Hasil MDKP Mulai :

 6 Jun 2023  sehingga 22 Jun 2023   

Masa: 8.00 Pagi Hingga 4.30 Petang  

Sila Kemukakan Dokumen Asal Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan Dan Suruhanjaya Syarikat (SSM) Semasa Pendaftaran Malaysia (Untuk Pengesahan)

Harga Dokumen Sebutharga :

          RM50 Senaskah

Tarikh:

23/6/2023 

Masa :

12.00 Tengahari

2.  Lawatan Tapak:

     Hanya  pembekaI yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah sahaja layak menyertai lawatan tapak:

                  Tarikh             :    6 Jun 2023 (Selasa)

                  Pendaftaran  :    9.00 pagi -10.00 pagi

                  Tempat          :   Dewan Bandaran MDKP

                  Taklimat        :    9.00 pagi

3. Semua kos yang berkaitan dengan Tawaran Sebut Harga di atas adalah di bawah tanggungjawab pembekal.

4.  Syarikat yang ingin memasuki Sebut Harga hendakIah menyediakan Wang Tunai/Wang Pos/Wang/Kiriman Pos/Bank Draf yang dibuat atas nama ”YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KUALA PILAH” dan bayaran Dokumen Sebut Harga tidak akan dikembaIikan.

5.  Wakil syarikat hendakIah membawa surat wakil yang sah beserta Sijil ASAL semua Dokumen seperti yang disyaratkan diatas.

6.  Tawaran Sebut Harga hendaklah menggunakan sampul surat berIakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender A di Tingkat 1, Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan serta meIetakkan Tajuk Sebut Harga di kiri sampul surat berlakri dan diaIamatkan kepada :

                         BAHAGIAN PELESENAN DAN KESIHATAN AWAM

                                   MAJLIS DAERAH KUALA PILAH

7.  Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) tidak akan terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau sebarang tawaran lain dan juga tidak memberi sebarang alasan kepada Sebut Harga yang tidak berjaya.

8.  Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian:

                 Tel : 06-4812075 / 06-4814025  dan Fax : 06-4811042.