KERJA-KERJA MENAIK TARAF BEKALAN UTAMA TNB SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI PEJABAT MAJLIS DAERAH KUALA PILAH – S18/2025

Tawaran adalah dibuka kepada kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan Gred G1 & G2 di bawah tajuk yang bersesuaian dan berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah Tahun 2025 bagi menyertai sebutharga bagi kerja-kerja di bawah:-

Bil Rujukan MDKP No. Sebut harga Projek Gred & Pengkhususan Tarikh Tutup /Jam Harga Dokumen
  1.   MDKP.NS 04.400-7/2025 -59  S18/2025 KERJA-KERJA MENAIK TARAF BEKALAN UTAMA TNB SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI PEJABAT MAJLIS DAERAH KUALA PILAH Kategori : E   Pengkhususan   E04, E11, E16 & E17             3 September (Rabu)    2025 @  12.00 t/hari       RM 50.00

2.0       Lawatan Tapak:

                        Tarikh              :           27hb Ogos 2025 (Rabu)

                        Pendaftaran    :           9.30 pagi -10.30 pagi

                        Tempat            :           Dewan Bandaran, MDKP.

                        Taklimat          :           09.30 pagi.

3.0       Syarat:

             3.1       Hanya kontraktor yang berdaftar dengan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) sahaja layak menyertai sebutharga.

             3.2       Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan kepada PEMILIK syarikat/ kontraktor yang hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah

                          ditetapkan.  HANYA PENAMA di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan, dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)

                          sahaja yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat tersebut dan wakil adalah TIDAK DIBENARKAN.

             3.3       Hendaklah membawa sijil-sijil asal SSM, CIDB, PKK dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) semasa lawatan tapak dan dipamerkan ketika pembelian

                          borang di kaunter MDKP.

             3.4       Hendaklah membawa cop syarikat bagi memudahkan pengisian borang.

             3.5       Permohonan Kebenaran Khas untuk menyertai sebut harga di luar kod bidang adalah tidak dibenarkan

             3.6       PEMALSUAN BUTIRAN di dalam Borang Pendaftaran dan Dokumen Berkaitan seperti SPKK (CIDB),PKK (CIDB),STB (BPKU) dan lain-lain dokumen

                          yang berkaitan adalah TIDAK LAYAK /TERBATAL dan laporan kepada CIDB akan dibuat untuk tindakan undang-undang.

             3.7       Dokumen Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.  Majlis Daerah Kuala Pilah tidak akan bertanggungjawab terhadap

                          sebarang kehilangan,kelewatan dan MDKP tidak terikat menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab

                          sesuatu tawaran.

4.0.      Dokumen Sebutharga

             4.1       Harga dokumen sebutharga bagi Gred G1 & G2 dijual dengan kadar: RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).   

             4.2       Dokumen sebutharga boleh dibeli di Kaunter Hasil, MDKP mulai 28hb Ogos   2025 (Khamis) sehingga 2hb September 2025 (Selasa) pada pukul

                          8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.

5.0.      Tarikh Tutup:

3hb September 2025 (Rabu) jam 12.00 tengah hari. Sebutharga hendaklah disertai dengan salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan SSM yang masih sah, serta dimasukkan ke dalam peti tender Majlis Daerah Kuala Pilah.

6.0       Majlis tidak terikat untuk menerima sebutharga yang paling rendah atau mana-mana   sebutharga yang berpatutan.

7.0       TIDAK DIBENARKAN untuk membuat Pakatan harga/kartel seperti yang diarahkan oleh  Pejabat Kewangan Negeri bertarikh 30 Julai 2020