26 Ogos 2025 (Selasa) – Alhamdulillah, Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Zulkifli Abu Talib dan Puan Nurfazleen Kasim dari Bank Negara Malaysia. Kunjungan ini telah disambut mesra oleh Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Yang Dipertua MDKP, bertempat di Pejabat Majlis Daerah Kuala Pilah.
Kunjungan ini turut disertai dengan sesi perbincangan yang menyentuh beberapa perkara antaranya:
1. Perkongsian perkembangan program eDuit Desa di Seri Menanti yang telah dilaksanakan pada 10 Oktober 2024; dan
2. Perbincangan peluang pelaksanaan program pendidikan kewangan di Kuala Pilah sempena Bulan Literasi Kewangan yang akan berlangsung pada Oktober 2025.
MDKP amat menghargai kesudian pihak Bank Negara Malaysia untuk berkongsi pandangan dan kepakaran. Diharapkan sesi ini dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik demi memperkasa mutu perkhidmatan kepada masyarakat Kuala Pilah.


