Kunjungan Mesra Daripada VMECH TECHNOLOGIES SDN BHD

13 November 2025 (Khamis) – Alhamdulillah, pihak MDKP telah menerima kunjungan mesra daripada VMECH TECHNOLOGIES SDN BHD yang telah berkongsi tentang produk dan perkhidmatan mereka yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan MDKP.

Dutch Water Prevention merupakan sebuah syarikat pusat sehenti yang menawarkan penyelesaian menyeluruh bagi segala isu berkaitan banjir. Ia komited untuk menyediakan solusi yang paling praktikal dan berkesan kepada pelanggan mereka.

Pihak MDKP amat menghargai sesi perkongsian ini dan berharap untuk meneroka peluang kerjasama yang lebih lanjut demi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kami kepada masyarakat.