Kunjungan Pasukan Audit Silang AKPO

Majlis Daerah Kuala Pilah telah menerima kunjungan Pasukan Audit Silang AKPO daripada Majlis Daerah Jelebu yang diketuai oleh Pengerusi – Encik Syed Muzaffar bin Syed Mohamad dan Ahli-ahli yang terdiri daripada Puan Normaliana binti Maarif, Puan Rozita binti Roslan, Puan Norhanim binti Abdul Halim dan Puan Suriyanti binti Abd. Latif. Pasukan ini telah disambut kehadirannya oleh Pasukan Audit MDKP yang terdiri daripada Pengerusi – Encik Amin Jamail bin Thamimul Ansary, Puan Siti Zaharah binti Mohamed Ismail, Encik Imran bin Aluwi, Encik Hamizi bin Mohd Khalid dan Puan Rusnida binti Mansor.

Tujuan pengauditan AKPO adalah untuk mematuhi arahan daripada Kerajaan dan bagi permohonan perjawatan serta inisiatif agensi untuk menilai pematuhan dasar perjawatan dan skim perkhidmatan di organisasi masing- masing. Pengauditan adalah meliputi perkara-perkara berkaitan Profil Agensi, Perjawatan, Skim Perkhidmatan Dan Pengoptimuman Sumber.

AKPO ini sewajarnya diteruskan bagi mengenalpasti isu dan masalah dalam menguruskan Sumber Manusia di era digitalisasi yang mana melihat samada wujud keperluan penambahan jawatan, penstrukturan unit/bahagian dan peningkatan penggunaan sistem teknologi maklumat untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai tercapai.

Ucapan terima kasih kepada Pasukan Audit AKPO Majlis Daerah Jelebu kerana menyantuni MDKP dan Pasukan MDKP akan ke Majlis Daerah Jelebu pada 16 Mac 2026 jam 9.00 pagi.