

































































4 Julai 2026 (Sabtu) | Dataran Kuala Pilah – Program Larian Tradisi dan Budaya Kuala Pilah 2026 bukan sekadar acara sukan, malah menjadi platform untuk membudayakan gaya hidup sihat, mengeratkan perpaduan masyarakat serta mengangkat keunikan warisan budaya daerah Kuala Pilah.
Penyertaan yang memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat membuktikan semangat kebersamaan dan sokongan padu terhadap usaha melahirkan komuniti yang sihat, harmoni dan sejahtera. Program ini turut menghimpunkan agensi kerajaan, sektor swasta, NGO, penaja dan sukarelawan yang berganding bahu menjayakan penganjurannya.
Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) juga telah mengadakan penyampaian hadiah kepada 10 pembayar Cukai Taksiran Terbaik. Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2026 ini telah dilaksanakan pada 24 Jun 2026 (Rabu) melalui Siaran Langsung Facebook Rasmi MDKP.
Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Yang Dipertua MDKP juga meluangkan masa untuk menyempurnakan cabutan bertuah kepada penerima terpilih. Langkah ini merupakan tanda penghargaan kepada para pembayar cukai yang sentiasa menyokong usaha pembangunan serta kemajuan daerah Kuala Pilah. Komitmen dan tanggungjawab anda semua menjadi tunjang kepada keberkesanan perkhidmatan MDKP dalam menyediakan kemudahan dan persekitaran terbaik buat rakyat.
Pada majlis tersebut, 10 penerima utama telah menerima hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan kepada penduduk yang menunaikan tanggungjawab mereka. Tahniah diucapkan kepada Puan Zureen Bt Hashim penerima Hadiah Utama – sebuah motosikal Modenas Kriss 110CC (MJ110F).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga Larian Tradisi dan Budaya Kuala Pilah terus menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan dalam memupuk gaya hidup sihat, memperkukuh perpaduan serta mempromosikan warisan dan identiti Kuala Pilah kepada masyarakat.