20 Ogos 2025 (Rabu) – Alhamdulillah, telah selesai lawatan tapak Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Yang Dipertua MDKP, Encik Amin Jamail bin Thamimul Ansary, Setiausaha dan Ketua Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan serta Ketua Bahagian Korporat dan Pelancongan di Kiosk bersebelahan Gedung Sri Minang pada petang ini.
Tujuan lawatan ini diadakan bagi menyemak kerja-kerja menaik taraf tapak Kiosk di Jalan Perpateh serta lain-lain kerja berkaitan di Pilah Perdana, MD Kuala Pilah. Di harap dengan usaha MDKP ini dapat memberikan fasiliti yang cukup pada peniaga Kiosk di kawasan terbabit serta mengindahkan kawasan yang dinaik taraf sempena Kempen Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.


