Lawatan Bagi Perlaksanaan Pertandingan Rekabentuk Membina Baharu Pasar Besar Kuala Pilah ke Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM)

1 Ogos 2025 (Jumaat) – Lawatan Bagi Perlaksanaan Pertandingan Rekabentuk Membina Baharu Pasar Besar Kuala Pilah ke Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) di Bangsar, Kuala Lumpur.

Tujuan lawatan ini adalah bagi membincangkan kaedah utk melaksanakan pertandingan yang akan dibuka kepada arkitek-arkitek berdaftar di seluruh negara utk merekabentuk pasar baharu kuala pilah yg akan mula dibina pada tahun hadapan. Pihak MDKP bersama JKT,KPKT juga telah menyatakan hasrat untuk memastikan syarat pertandingan mengambil kira elemen-elemen kelestarian alam, rendah karbon dan kesesuaian mengikut kehendak penduduk tempatan termasuk elemen warisan dalam ciri-ciri bangunan.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah dan Encik Amin Jamail Bin Thamimul Ansary, Setiausaha MDKP turut hadir ke lawatan kunjung hormat ini bersama-sama dengan Ketua Bahagian, Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan MDKP serta bersama dengan pegawai-pegawai MDKP yang lain.

Turut hadir sama Tuan Mas Midyawan bin Yahaya, Pengarah Bahagian Pembangunan JKT, dan 2 wakil dari Unit Pembangunan JKT serta seorang wakil dari HOPT, En. Faizal bin Yong. Kedatangan kami disambut baik oleh Ar. Ellina Rahman (Chairman) bersama dengan Ar Alvin (Co-Chair) dari Council Member PAM. Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) ialah institusi profesional kebangsaan yang mewakili para arkitek di Malaysia. Kenyataan misi PAM ialah “untuk memajukan seni bina dan profesion seni bina demi kesejahteraan masyarakat”.

Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAM atas jalinan kerjasama untuk menjayakan program ini dalam usaha MDKP untuk memberikan hasil terbaik kepada penduduk Kuala Pilah.

Lawatan ke PAM
Lawatan ke PAM (1)
image
Lawatan ke PAM (2)