Lawatan Kerja Penanda Aras Majlis Daerah Kuala Pilah Ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

18 November 2025 (Selasa) – Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) telah mengadakan Lawatan Kerja Penanda Aras ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada 18 November 2025. Delegasi lawatan ini diketuai oleh Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Yang Dipertua MDKP, bersama Ahli-Ahli Majlis serta pegawai MDKP.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan pendedahan berkaitan pemerkasaan sistem digital, inovasi bandar dan penerapan teknologi dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan DBKU. Selain itu, para peserta turut mengikuti sesi taklimat mengenai Pengurusan Sisa Pepejal yang disampaikan oleh pegawai DBKU, merangkumi perkongsian amalan terbaik, mekanisme pengurusan sisa serta inisiatif peningkatan kebersihan bandar secara menyeluruh.

Diharapkan pertukaran ilmu, pengalaman dan kepakaran ini dapat memperkukuh hubungan serta kerjasama antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan.