22 Oktober 2025 (Rabu) – Alhamdulillah, telah selesai lawatan tapak Tuan Amin Jamail bin Thamimul Ansary, Setiausaha dan Ketua Bahagian Perancang Bandar dan Landskap serta wakil dari Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan di Taman Pemainan, Taman Eko-Rimba Ulu Bendul. Projek ini juga telah diluluskan dari Jabatan Landskap Negara.
Tujuan lawatan ini diadakan bagi menyemak kerja-kerja menaik taraf taman permainan serta lain-lain kerja berkaitan di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul. Kerja-kerja menaiktaraf ini juga hampir siap dan Tuan Setiausaha MDKP telah memberikan sedikit teguran mengenai kerja-kerja menaiktaraf ini bagi menaikkan lagi kualiti taman permainan dan persekitarannya dalam tempoh yang ditetapkan.
Di harap dengan usaha MDKP ini dapat memberikan fasiliti yang cukup pada pengunjung dan pelancong di kawasan terbabit serta mengindahkan kawasan yang dinaik taraf sempena Kempen Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.


