Pada 11 November 2025 (Selasa), satu lawatan bagi semakan Pematuhan Ke Atas Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di Sektor Perkhidmatan Awam dan Pihak Badan Berkanun telah berlangsungdi MDKP dengan dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan.
Lawatan dihadiri oleh Encik Mohd Khairof Fais Bin Abd Raop – Pemeriksa Kilang dan Jentera selaku Ketua Kumpulan, Encik Muhammad Taufik Bin Mustapa – Pemeriksa Kilang dan Jentera, Encik Mohammad Haidzir Bin Zainul Ashekin – Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera, Puan Norhayati Binti Jakria – Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera dan Encik Marzuki Bin Ab Rahman – Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera.
Sesi Taklimat Pengenalan Jabatan dan Asas Perundangan KKP dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (KKP) telah diadakan pada jam 9.30 pagi kepada semua kakitangan di Dewan Bandaran MDKP. Selesai taklimat tersebut, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan, MDKP berkumpul di Dewan Mesyuarat untuk sesi semakan dokumen dan lawatan fizikal.
Sepanjang sesi semakan dokumen dan lawatan fizikal semua pegawai JKKP telah memberikan teguran dan nasihat yang amat baik dan semua pegawai MDKP memberikan kerjasama. Sesi berlangsung sehingga jam lebih kurang pukul 2.00 petang dengan keputusan semakan mendapat teguran yang minima serta mendapat nasihat yang sangat banyak daripada Ketua Kumpulan JKKP.
Alhamdulillah, keputusan semakan yang diperolehi telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Tahniah dan terima kasih kepada semua Pengurusan MDKP dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan, MDKP kerana memberikan kerjasama dan komitmen tinggi terhadap lawatan tersebut.


