Lawatan Teknikal Bersama Pasukan Kajian oleh Jabatan Landskap Negara

26 Ogos 2025 (Selasa) – Alhamdulillah, telah selesai Lawatan Teknikal Bersama Pasukan Kajian, Kajian Pelan Induk Landskap Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan oleh Jabatan Landskap Negara pada hari ini. Lawatan ini telah diwakili oleh Dr. Mazifah binti Simis – Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) bersama pegawai-pegawai beliau dan Perunding Hijaureka Sdn. Bhd. bagi mengenalpasti potensi keindahan dan keceriaan di daerah Kuala Pilah.

Semoga usahasama dengan Jabatan Landskap Negara dapat diteruskan dari masa ke masa. MDKP berharap menjadi daerah yang menyediakan pendidikan berkualiti, inklusif, dan saksama untuk semua, memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat, memelihara budaya tempatan, serta melahirkan masyarakat berpengetahuan dan berdaya saing demi kesejahteraan generasi kini dan masa depan.

image
image
image
image